Sunday, May 17, 2009

Sekolah cluster dan sekolah bestari

sekolah kluster, mengikut laporan akhbar-akhbar harian sekolah tersebut akan diberikan kuasa autonomi untuk mentadbir sendiri mirip sekolah swasta selaras usaha kerajaan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan setaraf Negara maju.
Antaranya mereka dibenarkan memilih dan mengiklankan calon guru serta kakitangan sokongan tanpa melalui norma perjawatan biasa, bebas memilih kursus dan program latihan yang perlu diikuti guru, boleh menggunakan khidmat dan kepakaran luar dalam bidang yang diperlukan dan boleh menawarkan subjek-subjek alternatif yang tidak terdapat di dalam kurikulum kebangsaan kepada para pelajarnya.
Kuasa autonomi tersebut diberikan bagi membolehkan pengurusan sekolah kluster melaksanakan langkah yang difikirkan mampu meningkatkan kecemerlangan guru dan pelajar masing-masing.




Sekolah bestari, pada pendapat saya, gagal kerana saya sebagai bekas pelajar sekolah bestari,tidak merasa sebarang manfaat yang dapat diperoleh berada di sekolah bestari. Saya masih ingat kenangan menggunakan perisian SSMS(Smart School Management System), sebuah perisian khas untuk pelajar di sekolah bestari.
Melalui perisian ini saya berpeluang untuk mempelajari beberapa subjek seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan perisian tersebut.
Buku teks bertukar kepada cakera keras( hard-disk), papan hitam ditukar kepada pancaran cahaya oleh Projektor.
Agak malang kerana hanya subjek2 seperti ini yang berkesempatan untuk dijadikan modul dalam pembelajaran sekolah bestari.
Saya faham idea ini sukar dilaksanakan kerana sistem pembelajaran konvensional ternyata lebih berkesan.
APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

0 comments:

About This Blog

My responsibility is my effort to become an excellent teacher in achieving title of better slave to Allah

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP