"Terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pemberian itu, insya-Allah kalau tiada aral, kami sekeluarga akan mendiami rumah baru dalam bulan Jun ini,'' katanya.
Buku Catatan Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan merupakan buku kelapan terbitan Hijjaz Record Publishing dan ia dijual pada harga RM25.90 senaskhah.
Bagaimanapun, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada pengunjung sempena Pesta Buku 2009 yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Tambah pelajar SMT, SMV
SHAH ALAM 17 April – Kekurangan pelajar aliran teknik dan vokasional kini di peringkat kritikal.
Dikhuatiri dengan hanya seramai 35,000 pelajar aliran itu atau tujuh peratus daripada keseluruhan 500,000 pelajar bagi setiap kohort akan menjejaskan usaha kerajaan mencapai status negara maju menjelang 2020.
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Haron (gambar) berkata, ketika ini hanya jumlah tersebut yang dapat ditampung oleh 90 buah sekolah menengah teknik (SMT) dan sekolah menengah vokasional (SMV) di seluruh negara.
“Jumlah ini amat rendah untuk kita berdaya saing berbanding dengan negara maju,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Secara perbandingan, negara maju seperti Jerman melahirkan 70 peratus pelajarnya dalam bidang teknik dan vokasional manakala negara-negara membangun seperti Indonesia, India dan China pula melatih 50 peratus daripada keseluruhan pelajarnya dengan kemahiran itu.
Sehubungan itu, penambahan bilangan SMT dan SMV amat diperlukan untuk membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar yang lemah akademik untuk mendalami bidang berkaitan kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
Read more...