Friday, August 5, 2011

Dari Hawa kepada Hawa

Dari Hawa Ke Hawa

September 26, 2009

mendapat keredhoan suami oleh cikgu aliya yeoh

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 11:09 am

Quantcast

“U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je”
“I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma… ”
“Pompuan la paling ramai tak masuk syurga”
“Ya, I tau.”
“Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. ”
“Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje.”
“Habis,U nak teruskan juga?”
“Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. ”
“Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami.”
“Maksud U?”
“Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni.”
“Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I.”
“U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tu…tu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami.”
“Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? ”
“Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau dua-dua buat silap dua-dua masuk neraka.”
“Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje?”
“Betul la, masing-masing ada tanggungjawab”.
“Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? ”
“Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. ”
“I cuma luahkan rasa tak puashati I jer.”
“Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2…satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. ”
“Jadi apa yang patutnya I lakukan?”
“Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. ”
“Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. ”
“Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu.”
“I tau tu. ”
“Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. ”
“Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. ”
“U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt.”
“Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia.”
“I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. ”
“Apa 2 syarat tu? ”
“Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami.”
“Contoh taat kepada suami? ”
“Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. ”
“Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah?”
“Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama.”
“Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? ”
“U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga.”
“Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I.”
“Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni.”
“Doakan kebahagiaan rumahtangga I. ”
“InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita.”

Sabda Rasulullah, “Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.”(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

(al-Syura: 30)
Lawatilah laman Cikgu Aliya di http://pukullima.blogspot.com/

1 Komen »

  1. QuantcastAsslkm.w.w.
    Ukhti. Subhanallah bacaannya, benar sekali… di tengah kehidupan yang para wanitanya banyak melupakan ketaatan pada suami, Ukhti mengingatkan kembali.
    Tapi ana mau tambahkan sedikit perihal suami istri,
    karena meskipun suami adalah pemimpin bagi keluarga, bukan berarti suami bisa bebeas melakukan apapun ya,
    sebagai Istri kita harus bisa pintar dan bijak dalam menyikapi hadist – hadist.. ^_^
    Seperti tugas- tugas rumah tangga, sebenarnya boleh saja kita berbagi dengan suami,
    hal tersebut tertera pada hadist bukhari, yakni: Ketika Aisyah ditanya apa yang dilakukan Rasulullah di rumahnya, ia berkata: “Nabi melayani keperluan istrinya menyapu rumah, menjahit baju, memperbaiki sandal, dan memerah susu.”(HR. Bukhari dan Ahmad)
    Selain itu, banyak hadist hadost yang seringkali dipotong oleh para ulama.
    contohnya, ada hadist yang menyebutkan “Bila seorang perempuan menyakiti suaminya, Allah tidak akan menerima salatnya dan semua kebaikan amalnya sampai dia membuat suaminya senang”
    tapi sebenarnya setelah hadist itu adalagi hadist yang melanjutkan, yakni “Begitu pula laki-laki menanggung dosa yang sama seperti itu bila ia menyakiti dan berbuat zalim kepada istrinya.”
    Entah mengapa, banyak orang hanya menyebutkan bagian pertamanya saja,
    ada hadist lain yang serignkali dipotong,
    “Siapa yang sabar menanggung penderitaan karena perbuatan suaminya yang jelek, ia diberi pahala seperti pahala Asiyah binti Mazahim”
    tapi sebenarnya sebelum hadist tersebut, ada lanjutannya yakni “Barang siapa yang bersabar (menanggung penderitaan) karena perbuatan istrinya yang buruk, Allah akan memberikan untuk setiap kesabaran yang dilakukannya pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayyub.”
    mengenai hal ini: “isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu”
    benar sekali, tapi perlu diketahui juga, bahwa dalam melakukan hubungan Istri, hubungan tersebut haruslah dilakukan atas dasar suka sama suka dan dengan cara yang baik, bukan dengan paksa. Suami pun kena tanya dulu apakah Istrinya lelah dsb.
    Mohon maaf kalo ada kata – kata yang salah,
    hanya berharap, agar ketaatan kita kepada suami, tetap dalam jalur dan aturan yang Allah berikan, sehingga tidak ada pihak yang terdzalimi. Wallahu’alam bishawab.
    Komen oleh putri.indonesia — Januari 24, 2010 @ 5:26 pm  


Read more...

oustation



Tak dapat tidur la. Esok nak sahur pun dah tak ingat da.. tiap2 malam mcm ni. sahur pun ngan kurma jer. malas atau tak der selera? ntah la. Hubby duk jauh rasa sgt sunyi. Nak cakap kat org tak sampai maksud. Hanya Allah jer tahu betapa sedihnya. Duk pikir2 orng lain macam aku ker ek? Sedih memanjang. Depan orang tak tunjuk la. Tapi bila kat rumah terasa nak tido jer. Kalau awal2 kawen dulu hati aku masih girang gemirang lagi.. kalau berpisah jer senyummm jer. masa tu kuat lagi.. sbb da biasa duk jauh ngan orang tersayang mak ayah. Tapi bila dah lama hidup berdua ngan suami... perasaan aku dah berubah.. waaaa. Tak bleh wat apa. cakap rindu pun macam tak sampai maksud.. Allah saja tempat ngadu. Tak pun lemah iman sangat duk nangis sorang2...tak tahan tu sampai pikir2 apa guna aku nangis ni. nyiksa diri. sakit hati. semua ada. masa tu la datang bisikan  setan. Huhu tak nak. Aku pun cari la apa yang patut dalam tenet nak sukakan hati. Macam-macam pendapat dorg:

"Sabar bebanyak ..Hubby ko pegi bukan susuka,atas sebab keje....Masa nilah korang akan rasa betapa dalam perasaan masing2...Macam aku...HUBBY aku selalu gak gi outstation,tapi tak lama....Tapi masa berjauhan nir lah aku rasa sayang dan rindu sangat kat dia...Rasanyer nak jer try kami duk jejauh..Aku kat UTARA dia kat SELATAN...Kater orang lagi jauh lagi rindu seseorang tur....
Bila berjauhan nir akan buat korang terpikir betapa penting pasangan dalam hidup kiter...Ala..Jangan sedih sangat ler..HUBBY ko bukan pegi berperang pun...Kan ker dia kena kerje??Untuk isteri tercinta dan anak2 tersayang..."

Masa tak da anak ni, cakapla nak anak tuk temankan.. padahal orang ada anak lagi terseksa sebab dorg kene layan kerenah anak yang memenatkan kalau dah penat balik kije tu. Tapi aku ni penat ke tak penat ke... tak reti nak hepikan diri... kadang-kadang moody. Wagrrhhh... ceteknya iman.

Suami aku plak sejak kawen ni asik demam kalu duk jauh.. kesian dia.. tambah plak aku yang mengada-ngada ni. So senang2 aku nangis sendiri la. tak yah cakap kat dia. Kalau dia kurang msg kat aku tu paham2 dah.. dia tak sihat la tu. Kesian dia. Sapa nak kesian aku? Allah ada... Allah bersama orang-orang yang sabar. Mak mertua aku nasihat kat aku supaya kuat semangat. Walaupun aku tak penah ngadu kat dia aku sedih. Tapi dia sebenarnya riflekskan perasaan anak lelakinya. Suami aku selalu cakap dia sedih berpisah ngan aku kat adik2 dia. Mana dia nak cakap kat aku kecuali aku dah tak tahan nangis2 dia terpaksa cakap. Kesian kesian kesian... Aku tak tahu la. Baik aku tak msg dia sbb aku selalu mcm msg yg sedih2. Memanglah sms yang hepi lagi banyak.. tapi mcm kerap jer msg yg sedih. Tak nak la mcm tu... Aku tak kuat. Suami aku kuat. Aku nak jadi kuat mcm dia gak...
Tak baik tuk kandungan kalau aku hamil lagi... Ya Allah.... Tapi yang dah lepas tu.. takdir... bukan kerana apa2.. alhamdulillah syukur dengan ujian begitu... mematangkan lagi minda kenak-anakkan aku...haha teringat peristiwa kat airport ngan abah n kakak... tersenyum abah bila teringat peristiwa tu.

"pesan orang tua, kalau suami gi outstation lama, jgn basuh kain pelikat yg dia guna malam sebelum pergi tu. buat selimut anak2. maknya pun boleh la tumpang!

itu petua org tua2. supaya anak2 tu masih ada bau abah mereka. gitulah juga kalau maknya yg outstation."

Alhamdulillah bau badan hubby aku sangat suker... tilam n bantal pun ada bau dia... sangat2 suker... Tapi minggu ni aku pelik sket. Aku tidur atas sofa kat luar... seminggu tilam aku tak terusik. Sedih jadinyer... memang bengkak dah mata ku ni.

"Ada satu cara suruh suami awak record muka dia dalam video jadi anak anak tak kan selalu rindu. Kalau rindu jugak ikut saja nasihat smh. Mungkin suami awak orang penyayang sebab itu awak dan anak anak selalu rindu. Beruntung awakkkkkkkkkkk hmmm entah bila lah masa saya. "

Kalu dibelek-belekkan lagii.. banyak beruntungnya kau ni. Suami sayang.. penyabar... kalau marah pun.. membebel je la.. tapi tak sampai angkat kaki angkat tangan semua... alhamdulillah... dia baik. Aku pun kenelah baik. Jangan asik majuk jer.. jangan asik nangis jer.. kesian anak kalau dalam peyut tu nak besar tak jadik kang... ingat tu.. jangan ulang peristiwa lama... insyaAllah... Amin.

ni satu lagi suggestion yang agak baik... pelihara pets... wah bestnyer... nak habiskan duit la pasni... Nak p cari kat kedai.. yeyyeaaa..

"MAsa hubby outstation jgn berseorangan, ajak le girlfriends, sedara perempuan atau adik beradik duduk sekali or buat aktiviti. Jadi tak le sorang2 dgn anak2 aje. Kalau kebahagian kita hanya 100% pada suami & anak2 memang susah le kalau suami berjauhan. . .suami tu pinjaman aje bila2 pon Allah boleh tarik balik, so utk kesihatan minda dan badan kita kena kasih berpada2.

Lagi satu bela kucing pon dapat membuat hati gembira sbb kucing (atau haiwan peliharaan lain yg boleh dibelai) beri kita undivided love, tak reti nak marah, tak reti nak merajuk macam anak2 kita tu. . .sedikit sebanyak hati terubat & anak2 pon occupied dgn main kucing. Budak2 kecik memang suka sgt pet. . .mesti kurang sikit rasa rindu pada ayah.

Akhir sekali Puan Syiran memang dikalangan orang yg bernasib baik kerana mempunyai suami yg penyayang. . .sbb tu dia dirindui"


Bila baca kisah tragis orang lain lagi kuatkan semangat aku. Ermm apa la sangat kisah aku ni... tak tragis lansung... kalau masuk panggung sorang dua jer tengok then bagi feedback.. laaaa gitu ker... ceh hampeh


"Berjauhan mmg la rindu, lagi2 kalau tak biasa. Tapi apa2 hal pun, kena SABAR selalu. Ada anak2 penghibur hati tu.. alhamdulillah! Jgn ikutkan perasaan walaupun kita pompuan ni mmg suka layan perasaan.

Saya dah 4 bulan membujang kat UK ni, suami dan anak dah balik Malaysia bulan October lepas. Dahla tension tgh write up thesis, dgn kerenah supervisor lagi, rindukan suami dan anak lagi... Tuhan aje yg tau.

Cuma kena selalu ingat, ini baru berjauhan sementara. Mcm mana org yg berjauhan selama2nya tu.. tentu lebih hebat kan? Itu je lah pengubat hati. At least saya tau suami dan anak saya masih hidup dan kalau ada umur panjang boleh jumpa lagi.

Petua saya... ceria2kan hidup ni... sbb suami (dan anak) kita akan terasa tempias emosi kita. Kalau kita happy, diorang pun akan happy. Kalau kita asyik nangis... bersedih... diorang pun akan rasa yg sama. Mesti kita diorang happy kan? So... happy2kan diri anda!!!"


Bab2 berdikari yang aku lemah skit.. bukan aku tak penah berdikari ponnn.. aku seorang pendikari laa.. tapi yang jadi trauma cket kat aku ni sbb satu benda jer... aku benci selangorrr.. aku benci duk bandar... itu set mind aku sejak aku keluar UM dulu. Aku cuak duk KL or selangor ni.. tak suker tak suker tak suker... sbb tu aku selalu bergantung kat suami jer... tambah plak aku pelupa.. bab pelupa jgan salahkan aku yerrr.. itu bukan pinta ku.. cuma yang aku kene baik sikap ialah CATAT lahhh.. baru tak lupa... tak pun amek gambar... a'a lah betul jugak... aku nak beli kamera la... cap ayam pum ok apa.. asalkan aku ada kamera aku sendiri... yes! aku nak beli kamera sendirikk... baru la tak lupa jalan sokmo... KAlu tak selalu kene bebel ngan hubby.. tak tengok sokmo jalan org tunjuk... kan dah ngamuk hari tu... padahnya aku gak. Terus tak msg n terima call... bukan benci tapi didik diri supaya jangan cepat melepaskan kata... nanti merapuuu. makan makanan merapu ni masuk angin... kalu masuk angin sape yang susah?



Read more...

About This Blog

My responsibility is my effort to become an excellent teacher in achieving title of better slave to Allah

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP